Senarai Bucket List Destinasi Percutian Yang Lengkap Bagi Tahun 2019

Tiada impian yang lebih mengujakan seperti impian untuk melancong ke serata dunia. Tanya sahaja orang di sekeliling anda dan mereka pasti akan berkata bahawa salah satu azam mereka ialah untuk kerap melancong.

Namun, terlalu banyak tempat dalam dunia ini untuk dilihat, di manakah anda patut mulakan? Jangan bimbang kerana kami telah menghimpunkan senarai tempat-tempat yang anda patut lawati pada tahun 2019! Berapa banyak yang anda boleh pangkah dari ‘bucket list’ ini?

Tempat Yang Sering Dikunjungi

Lawati “cermin” semula jadi yang terbesar di dunia (Salar de Uyuni, Bolivia)

Image credit:  Chechevere

Bersiar-siar di hutan konkrit di mana impian dibina (New York)

Rancang ekspedisi safari di Afrika

Mulakan perjalanan darat yang menyeronokkan di Australia

Nikmati keindahan Northern Lights

Tetapi soalannya ialah DIMANAKAH untuk melihat pemandangan yang hebat ini. Terdapat beberapa lokasi yang baik seperti Iceland, Sweden, Norway dan Alaska!

Menyelam di Great Barrier Reef sebelum ia pupus selama-lamanya

Mendaki bangunan tinggalan lama Machu Picchu (Peru)

Merungkai misteri Pyramids of Giza

Atau pergi melawati istana di Jerman dan Austria

Bersiar-siar di bandar Barcelona

Nikmati pengalaman menaiki gondola yang romantik di Venice

Berjalan-jalan di bawah pokok sakura pada musim bunga sakura

Tak kira sama ada di Jepun, Korea Selatan, Taiwan atau di mana jua, keajaiban berjalan-jalan di taman yang penuh dengan pokok sakura pada musim bunga memang tiada tandingannya.

Menakluki Tembok Besar China

Menaiki cruise sepanjang Ha Long Bay (Vietnam)

Ambil gambar di Angkor Wat yang tersergam megah (Cambodia)

Kagumi misteri Waitomo Glowworm Caves (New Zealand)

Image credit: Манько Марко

Mencari zen di Himalayas (Nepal)

Bercuti di vila atas air Maldives

Melawati Switzerland

Lokasi yang anda harus lawati bagi yang ke sini buat pertama kalinya ialah: Zermatt, Lucerne, Zurich, dan Gornegrat.

Simpan duit dan pastikan impian percutian anda di Eropah terlaksana!

Bagi para penggemar adrenalin

Bungee Jump di Bloukrans Bridge (Afrika Selatan)

Image credit: Face Adrenalin

Berlayar di Niagara Falls yang mengagumkan

Berenang bersama-sama ikan jerung di Sorsogon (Filipina)

Nikmati pemandangan candi tinggalan lama dengan belon udara panas (Bagan)

Image credit: Anne Dirkse

Beranikan diri di dalam Cage of Death (Australia)

Image credit: Crocosaurus Cove

Menjerit sekuat-kuat hati anda di atas Nevis Swing (New Zealand)

Image credit: AJ Hackett Bungy New Zealand

Terjun dengan wingsuit seperti ejen rahsia di Dubai

Image credit: Richard Schneider

Mendaki Gunung Huashan yang curam (China)

Image credit: Sunrise Odyssey

Jangan pandang ke bawah!

Cabar diri dengan bungee jump tertinggi di dunia (Macau)

Cabar diri anda

Jalan-jalan cari makan di seluruh Asia Tenggara

Mulakan dari Malaysia dan teruskan perjalanan anda ke Thailand dan Vietnam! Anda pasti memerlukan seluar yang baru selepas ini, jadi jangan lupa!

Rancang pengembaraan solo anda yang pertama

Simpan duit dan pergi bercuti dengan mewah

Image credit: Edwin Leong

Nikmati penerbangan kelas pertama, resort mewah dan makanan berkelas tinggi sepanjang percutian anda! Kami percaya jika anda mampu menanggung percutian ini, anda patut melakukannya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup!

Lawati tempat pelancongan yang jarang terpapar di Instagram

Tahun ini, apa kata jika anda melancong ke tempat yang kurang dikunjungi orang ramai? Bukan sahaja anda dapat mengelak kesesakan di tempat tumpuan pelancong, tapi anda juga berpeluang menerokai tempat-tempat yang tersembunyi!

Pergi bercuti tanpa kamera/telefon bimbit

Dunia media sosial telah memberi makna yang baru kepada aktiviti seharian kita, termasuklah pelancongan. Tahun ini, cuba untuk bercuti tanpa terlalu bergantung dengan kamera dan Instagram. Nikmati sepenuhnya pemandangan sekeliling anda dan pasti ia akan menjadi lebih berbaloi.

Belajar bahasa baru dan berbual dengan penduduk tempatan

Pengalaman Unik

Nikmati pengalaman Safari Padang Pasir di Qatar

Jika anda fikir memandu di Malaysia dah cukup stress, anda silap!

Jelajahi monumen-monumen bersejarah di serata dunia

Lihat bangunan berwarna-warni di Cinque Terre (Italy)

Pergi ber-glamping di hutan belantara

Manjakan diri anda dengan percutian di pulau yang terpencil, jauh dari orang ramai

Hadiri festival atau acara antarabangsa

Sama ada anda ingin pergi ke festival Songkran di Thailand yang popular atau sambutan yang unik seperti Boryeong Mud Festival di Korea Selatan, acara antarabangsa seperti ini memang menyeronokkan bagi masyarakat tempatan dan pelancong. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertainya pada tahun ini!

Lawati Candi Borobudur di Indonesia

Terokai bangunan tinggalan lama di Petra

Rakyat Malaysia sering bersalah sangka akan Timur Tengah. Kita menganggap bahawa kawasan itu hanyalah terdiri daripada  padang pasir. Tahun ini, sudah tiba masanya untuk membuang tanggapan itu! Mulakan dengan bangunan tinggalan lama yang masih kekal cantik di Petra, Jordan!

Berehat di Pulau Phu Quoc yang nyaman (Vietnam)

Tidur semalaman di hanok, rumah tradisional Korea

Kagumi kecantikan Wulingyuan Scenic and Historic Interest Area di Zhangjiajie, China

Tahukan anda bahawa tempat ini merupakan inspirasi bagi filem Avatar?

Nikmati pemandangan warna bermusim di Jiuzhaigou (Sichuan, China)

Image credit: Chensiyuan

Lawati negara kerajaan pertapa (hermit kingdom) Bhutan

Terokai Asia Selatan dan kunjungi tempat-tempat pelancongan yang tersembunyi di India dan Sri Lanka

Mengembara di Son Doong Cave yang penuh misteri (Vietnam)

Image credit: Nguyen Tan Tin

Kelilingi diri anda dengan padang bunga tulip di Belanda

Image credit: Dllu

Tapi tunggu dulu… pergi mendaki Gunung Kinabalu dululah…

Image credit: SIPAT: View from the Edge

Sebelum anda pergi menunaikan impian untuk melancong ke serata dunia, ayuh mulakan dengan Malaysia dahulu! Dapatkan kasut mendaki anda, dan lawati tarikan semula jadi yang tersohor di Malaysia. Pemandangan dari atas gunung ini akan membuatkan segala penat lelah anda berbaloi!

Bon voyage

KENAPA anda masih membaca artikel ini? Pergi! Pergi dan rancang perjalanan anda! Simpan duit dan pastikan percutian anda terjadi pada tahun 2019 ini!

Salmi

Salmi loves spending time in hostels, mingling with travellers from all over the world. She draws her inspiration from her father who used to take her travelling on bumpy back roads instead of highways. There, she learnt how to talk with strangers and where to find the best street food. When she’s not out and about, she writes, cooks and reads.

Share
Published by
Salmi

Recent Posts