Teringin bercuti tetapi tidak mahu pergi terlalu jauh atau berbelanja sakan? Hei, tiada masalah! Malaysia memiliki pelbagai destinasi yang indah dan sesuai untuk percutian hujung minggu anda! Dan yang paling istimewa, tempat-tempat ini tidak diketahui ramai, jadi anda dapat mengelak daripada berada di tengah-tengah keramaian pelancong!

Jadi, sebelum ia mulai sesak, apa kata anda lawatinya bersama-sama keluarga dan rakan-rakan anda?

1. Sasaran, Kuala Selangor

Image credit:Wywy Chong

Image credit:Steven Teh

Jika anda aktif di laman media sosial, anda pasti pernah mendengar tentang tempat ini! Gambar-gambar seperti ini ialah kegilaan ramai dan ia merupakan sebab mengapa “Sky Mirror” Malaysia menjadi sebuah topik yang hangat! Benar, anda tidak perlu susah-susah ke dataran garam di Bolivia (Salar de Uyuni) untuk pengalaman menakjubkan ini, pergi sahaja ke Kuala Selangor! Sungguh bertuah menjadi rakyat Malaysia, bukan?

Sky Mirror Sasaran mungkin akan kekal menjadi tempat yang cuma diketahui oleh nelayan tempatan jika ia tidak diwartakan oleh media tempatan. Jadi, lokasi yang cantik ini telah meraih populariti hari demi hari. Jika anda mahu ke sana untuk #potd yang tidak boleh dilupakan, hubungi nelayan tempatan di sana dan mereka akan membawa anda dengan sebuah bot.

2. Pulau Gemia, Terengganu

Image credit:Gem Island Resort and Spa

Image credit:Gem Island Resort and Spa

Sebagai rakyat Malaysia, kita semua mungkin pernah bercuti di Pulau Redang, Pulau Lang Tengah, Pulau Tioman dan banyak lagi. Namun, tahukah anda tentang Pulau Gemia?

Terletak di pantai timur Malaysia, Pulau Gemia merupakan salah satu pulau yang tercantik di Malaysia. Ia amat sesuai bagi mereka yang sering mengimpikan percutian di pulau yang terpencil, di mana cahaya mataharinya berseri-seri dan pantainya sungguh putih dan bersih. Malah, keseluruh pulau ini terlalu cantik sehinggakan ia layak menjadi vila percutian tersendiri! Dan disebabkan tidak ramai yang tahu akan tempat ini, anda tidak perlu risau tentang pulau yang sesak dengan pengunjung!

3. Balik Pulau,  Penang

Image credit:Countryside Stables Penang Facebook

Image credit:五斗米の部落

Balik Pulau ialah rahsia Pulau Pinang yang teristimewa. Penggemar durian mungkin sudah kenal akan tempat ini, tetapi di sebalik kemasyhuran itu, Balik Pulau merupakan tempat percutian yang jarang menerima pengunjung. Di sini, anda akan menemui ladang kambing biri-biri yang indah, kilang buah pelaga, dan juga ladang kuda ala desa, semuanya berbelakangkan bukit-bukit yang hijau! Tidak banyak tempat yang menawarkan pengalaman menunggang kuda di Malaysia, jadi anda perlu datang ke sini!

Dalam beberapa tahun yang lepas, sebuah perkampungan Hakka juga telah ditubuhkan di Balik Pulau, di mana pengunjung dapat merasai makanan tradisional Hakka. Ini sememangnya tempat yang sempurna untuk penggemar makanan! Bukan itu sahaja, anda juga boleh pergi ke tepi pantai untuk mencuba Laksa Penang dan melihat pemandangan di sepanjang pantai itu. Ah, seronoknya dapat menikmati petang yang indah disertai bayu pantai yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.

4. Teluk Senangin, Perak

Image credit:MEMANG RIZALIS ENT.

Image credit:musimpanas

Anda mungkin tidak pernah dengar akan Teluk Senangin, tetapi ia merupakan tempat kegemaran masyarakat tempatan di sana! Malah, ia mungkin salah satu tempat yang paling terkenal bagi rekreasi keluarga! Di sini, ibu bapa boleh menikmati pemandangan pantai yang cantik sementara anak-anak melawati pusat pemuliharaan penyu yang berdekatan (tiada bayaran masuk!). Anda juga boleh melihat nelayan-nelayan tempatan berlayar untuk mengutip hasil tangkapan mereka. Suasana santai dan tenang ini memang tiada tandingannya.

Pada waktu malam, anda boleh menikmati juadah makanan laut di restoran yang terletak berdekatan Pantai Remis, kira-kira 10 minit dari pantai itu. Makanan laut di sini ditangkap segar setiap hari dan harganya juga amat berpatutan. Perjalanan ke Teluk Senangin tidak memerlukan perancangan yang terperinci, jadi ia merupakan destinasi yang sesuai untuk ibu bapa yang sibuk pada hari bekerja dan ingin membawa keluarga bersantai pada hujung minggu.

5. Sungai Lima (Pulau Ketam), Selangor

Image credit:Southern Home Facebook

Image credit:Southern Home Facebook

Tanya sahaja rakan-rakan saya dan mereka pasti akan berkata yang saya sering menyebut tentang Sungai Lima sehinggakan mereka sudah muak mendengarnya! Terdapat banyak sebab mengapa saya sering menyebut tentang kampung nelayan ini. Pertama sekali, tidak ramai yang tahu tentang tempat ini walaupun ia amat cantik. Kedua, saya teringin sekali melawati Sungai Lima dan berharap ada seseorang yang boleh membawa saya ke sana!

Jadi, ada apa yang boleh dilakukan di Sungai Lima? Secara jujurnya, anda tidak perlu melakukan apa-apa langsung! Benar, anda cuma perlu bersantai-santai di sini. Anda juga boleh duduk di tepi jeti, minum teh dan nikmati hari anda. Atau cuba makanan ringan, snek dan juadah makanan laut di sini sebelum mengakhiri hari anda dengan suasana matahari terbenam. Itulah percutian yang saya impi-impikan!

6. Pantai Cahaya Bulan, Kelantan

Image credit:Chalet and Resort Pantai Cahaya Bulan Kelantan

Image credit: Malaysia Travel Guides

Rakan-rakan saya di pantai timur sering mengesyorkan Pantai Cahaya Bulan kepada saya dan semenjak itu, ia sudah lama berada dalam senarai bucket list saya. Pantai yang cantik ini merupakan tempat yang popular bagi masyarakat tempatan untuk berpiknik dan berkhemah pada hujung minggu. Malah, dalam beberapa tahun yang lepas, banyak rumah tetamu telah dibuka untuk pengunjung! Jadi, jika anda tidak suka bergesa-gesa semasa bercuti, anda boleh memilih untuk bermalam di sini. Dengar kata, pemandangan matahari terbitnya sungguh asyik dilihat!

Seperti kebanyakan destinasi percutian di Malaysia, makanan tempatannya juga pasti tidak dapat dilupakan! Menu tradisional Kelantan seperti keropok lekor, satar, nasi kerabu, sotong celup tepung dan banyak lagi dapat ditemui di sini.

7. Cameron Highlands, Pahang

Image credit:World of Wanderlust

Image credit:Bjørn Christian Tørrissen

Baiklah, saya tahu yang Cameron Highlands tidak layak dikategorikan sebagai “hidden gem”. Tentu kebanyakan rakyat Malaysia pernah ke ladang teh dan kebun strawberi ini, bukan? Namun, mungkin ramai yang tidak tahu yang mereka kini boleh menikmati piknik minum petang yang mewah di Cameron Highlands! Bantal dan selimut yang selesa, set cawan piring ala Inggeris, pemandangan yang memukau dan udara yang sejuk dan nyaman! Jangan kata anda tidak teringin untuk menikmati pengalaman yang menakjubkan ini!

Jika itu tidak cukup untuk membuatkan anda datang ke sini, terdapat satu lagi aktiviti yang mungkin dapat memikat hati anda: rawatan spa strawberi! Ia sama seperti rawatan spa biasa, tetapi semua minyak urutan, lulur dan sabun mandiannya berbahankan strawberi! Wah, ia sememangnya pengalaman yang tidak dapat dilupakan! Jadi, jika anda ke Cameron Highlands, ayuh cuba sesuatu yang berbeza pula!

8. Tasik Kenyir, Terengganu

Image creditFadhlur Rahman

Image credit:Mohd Fahmi Mahd Azmi

Rumah perahu! Ketika berada di Tasik Kenyir, anda perlu melawati rumah perahu tradisional yang unik. Tidak kiralah jika ia telah dimodenkan atau tidak, rumah terapung ini perlu dikunjungi oleh setiap pelancong. Selain bersiar-siar di rumah atas air, anda juga boleh menyertai nelayan untuk menangkap ikan atau bersantai sambil meminum teh di atas rumah perahu ini.

Aktiviti-aktiviti ini ialah antara pengalaman yang menarik di Tasik Kenyir. Jika anda ingin tinggal selama lebih daripada satu hari, anda juga boleh menempah seluruh rumah perahu untuk bermalam di sini.

9. Kanching Recreational Forest, Rawang, Selangor

Image credit:Frahman Photography

Image credit:cari

Daripada anda menatap skrin telefon dan komputer pada hujung minggu ini, ayuh lakukan sesuatu yang berbeza! Apa kata anda ajak rakan-rakan anda ke Kanching Recreational Forest di Rawang? Di sana, anda boleh pergi mendaki dan menikmati suasana air terjun yang indah.

Dan air terjun itu? Ia bukan calang-calang air terjun, ia merupakan air terjun yang mempunyai tujuh lapisan! Jika anda ingin sampai ke puncak yang tertinggi, anda perlu mendaki ke setiap lapisan. Dan habuannya? Pemandangan yang tidak akan dilupakan dalam seumur hidup anda!

Selain daripada berpiknik dan bermandi-manda, anda juga boleh mengadakan barbeku di lapisan kelima dan keenam air terjun itu. Cuma pastikan anda bersihkan tempat itu setelah selesai. Psst, ini satu tip untuk anda, tak perlu bawa ais ke sana, celup sahaja minuman tin anda ke dalam air terjun yang sejuk dan ia akan menjadi sejuk serta-merta!

10. Semenyih, Selangor

Image credit:taufuuu

Image credit:ZapPaLang

Hari yang sempurna di Semenyih berbunyi seperti begini: selepas susah-payah mendaki Bukit Broga, anda terus pergi menikmati ikan bakar yang segar! Ini ialah percutian kegemaran kebanyakan orang muda, lebih-lebih lagi mereka yang berada di sekolah menengah dan universiti. Sebenarnya, ramai yang lebih gemar untuk memakan ikan bakar daripada mendaki bukit itu!

Secara jujurnya, anda perlu menyaksikan pemandangan matahari terbit di Bukit Broga sekurang-kurangnya sekali seumur hidup! Apabila anda menatap kecantikan kawasan sekeliling puncak bukit itu, segala penat lelah tubuh anda akan hilang begitu sahaja. Saya syorkan anda mula mendaki kira-kira pukul 5 pagi jika anda mahu melihat suasana terbit fajar itu.

Anda akan tiba semula di kaki bukit pada pukul 8, di mana anda boleh memandu ke tokong berdekatan untuk bersantai-santai. Terdapat taman bunga yang kecil, jambatan gantung dan beberapa tempat yang cantik dan fotogenik bagi anda yang gemar mengambil gambar.

Pada kira-kira pukul 10, kedai ikan bakar bersebelahan tokong itu akan dibuka. Yasss! Walaupun saya sendiri tidak berapa gemar akan ikan, saya rasa ikan bakar di sini sangat sedap. Itu tandanya ikan di sini benar-benar segar dan berbau lazat. Selepas makan, anda boleh menuju ke ladang arnab berdekatan untuk bersiar-siar sebelum mengakhiri hari anda di Semenyih!

Pergi bercuti bukanlah aktiviti yang sukar, lebih-lebih lagi jika anda bercuti di dalam negara sendiri. Ia pastinya suatu peluang yang spontan dan santai. Jadi, jangan risau, terdapat banyak lagi destinasi di Malaysia untuk anda terokai. Jadi, pada hujung minggu ini, apa kata anda pergi mengembara bersama keluarga dan rakan-rakan anda? Cuti-cuti Malaysialah! 🙂

Salmi

Salmi loves spending time in hostels, mingling with travellers from all over the world. She draws her inspiration from her father who used to take her travelling on bumpy back roads instead of highways. There, she learnt how to talk with strangers and where to find the best street food. When she’s not out and about, she writes, cooks and reads.

View Comments

Share
Published by
Salmi

Recent Posts