Jika anda mahukan aktiviti hujung minggu yang lain daripada yang lain untuk anak anda, taman aktiviti tertutup yang baru dibuka pada Disember 2018 ini ialah jawapannya! Mesra pengguna, unik dan mencabar, SuperPark lahir atas inspirasi sebuah keluarga di utara Eropah.

Warisan keluarga dari Finland

Image credit: SuperPark United Official Website

Seperti kebanyakan ibubapa, Taneli Sutinen mahukan yang terbaik untuk keluarganya. SuperPark yang dilancarkan pada tahun 2012 di Finland merupakan idea Taneli Sutinen, yang pernah suatu ketika dahulu menyertai anak perempuannya bermain di taman aktiviti yang terlalu sempit untuk saiz dewasanya.

Kini, SuperPark yang mesra untuk semua peringkat umur mempunyai 13 buah cawangan di Finland dan juga telah melebarkan sayapnya di Sweden, Hong Kong, China, Singapura dan Malaysia. Jom pelajari tentang taman ini dengan lebih lanjut!

Trampolin, Pedal Car Track, Flying Fox dan banyak lagi aktiviti yang menarik sedang menunggu di SuperPark Malaysia!  Bersedialah untuk menikmati pengalaman yang unik dan seronok dengan keluarga anda!

Tempah tiket SuperPark Malaysia anda di sini!

Apa yang anda perlu tahu tentang SuperPark Malaysia?

Terletak di Avenue K Mall (Tingkat 3 & 4) di Jalan Ampang, taman aktiviti ini menawarkan lebih daripada 25 jenis aktiviti yang bukan sahaja sesuai untuk masyarakat umum seperti kanak-kanak dan orang dewasa malah untuk para atlet dan juga penggemar adrenalin!

Yang paling istimewanya, SuperPark Malaysia menggabungkan sesetengah aktiviti ini dengan elemen digital dan interaktif seperti Augmented Climbing Wall, RoboKeeper dan iWall. Anda tidak perlu risau tentang keselamatan anak anda semasa bermain di SuperPark Malaysia kerana semua aktiviti dilengkapi dengan peraturan yang menjamin keselamatan semua.

Image credit: SuperPark Malaysia Official Website

SuperPark Malaysia juga menerima tempahan berkumpulan seperti parti hari jadi (RM80/sekepala) dan pakej teambuilding (RM70/sekepala), yang merangkumi set makanan dan akses ke taman aktivitinya.

Berikut ialah maklumat tiket tetap mengikut waktu-waktu tertentu. Sebagai peringatan, anda juga perlu membayar RM5 untuk mendapatkan sepasang Grip Socks khas yang membantu anda bergerak dengan selesa di taman ini:

Image credit: SuperPark Malaysia Official Website

10 Aktiviti Menarik Untuk Anda Cuba Bersama Anak-Anak

1. Bergayut seperti Tarzan di Flying Fox

Image credit: SuperPark Malaysia Official Website

Bagi si kecil yang gemarkan adrenalin, Flying Fox ialah aktiviti yang sempurna untuk mereka. Dengan tali wayar yang kukuh dan penyeliaan yang baik oleh krew aktiviti, anak anda akan menjerit keseronokan sambil bergayut dari satu hujung ke hujung yang lain!

Bukan itu sahaja, aktiviti ini akan membina kekuatan teras si kecil dan melatih mereka untuk merentas dengan lebih laju. Orang dewasa juga boleh mencuba aktiviti yang seronok ini!

2. Bermain kejar-kejar di Kid’s Adventure City

Image credit: SuperPark Malaysia Official Website

Kid’s Adventure City dilengkapi dengan peralatan yang akan memastikan perkembangan koordinasi serta membina daya kecekalan si kecil. Mereka berpeluang memanjat halangan, merangkak di dalam lorong, berlari dan sebagainya di playtowers ini. Malah, terdapat juga elemen digital yang akan merangsang minda anak anda dan membuatkan aktiviti ini lebih seronok!

3. Melompat dengan riang di kawasan Trampoline

Kid’s Freestyle Area di SuperPark Malaysia lengkap dengan peralatan seperti trampolin dan dinding panjat. Selain melompat, pelbagai jenis permainan di trampolin yang anda boleh sarankan kepada anak-anak untuk menguji daya imbangan mereka. Bukan itu sahaja, ruang ini dilengkapi dengan permainan motion-sensor di skrin televisyen untuk si kecil mengumpul markah sambil melompat!

Psst, biar saya kongsikan rahsia sedikit: zon ini juga zon kegemaran kebanyakan orang dewasa! Ia pastinya salah satu zon yang harus dikunjungi semasa anda melawat SuperPark Malaysia!

4. Memanjat di Augmented Climbing Wall yang unik

Aktiviti interaktif Augmented Climbing Wall yang diperkenalkan oleh Valo Motion telah tiba di SuperPark Malaysia! Si kecil kini boleh memanjat dinding dan bermain permainan interaktif touch-screen pada masa yang sama.

Dengan cabaran dan halangan yang disediakan, mereka berpeluang untuk melakukan pelbagai jenis pergerakan yang akan menguji kekuatan teras sambil menyokong berat badan mereka. Anda juga dapat mengubah tahap cabaran dengan menggunakan konsol di tepi tarikan ini.

5. Memandu seperti Lewis Hamilton di Pedal Car Track

Image credit: SuperPark Malaysia Official Website

Anak anda masih belum cukup umur untuk memandu kereta? Jom datang ke sini! SuperPark Malaysia juga menawarkan aktiviti yang membolehkan si kecil mengayuh kereta mini di Pedal Car Track. Yang paling istimewanya, anda juga dibenarkan untuk menemani anak-anak sambil mengayuh.

Aktiviti ini juga amat selamat kerana anda tidak dibenarkan memotong laluan pemandu di hadapan.

6. Meluncur di Ice Skating Rink

Berukuran 2,500 kaki persegi, anda juga boleh meluncur bersama si kecil di Ice Skating Rink yang terletak di taman aktiviti ini. Tetapi, ini bukan gelanggang ais biasa! Diperbuat daripada 100% ais sintetik yang boleh dikitar semula dan tidak bertoksik, pengalaman meluncur bagi anak anda akan menjadi lebih selamat dan menyeronokkan.

Bagi mereka yang ingin mencuba aktiviti ini tetapi tidak pernah meluncur sebelum ini, jangan risau. Terdapat juga krew SuperPark yang sedia membantu untuk mengajar anda cara yang betul untuk meluncur!

7. Menggelongsor dengan Tube Slide

Image credit: SuperPark Malaysia Official Website

Antara aktiviti dan senaman yang paling mudah di SuperPark Malaysia ialah Tube Slide, di mana anda akan diberikan sebuah tayar tiub untuk menggelongsor. Anda hanya perlu mengheret semula tiub ke atas dan mula menggelongsor sepuas-puasnya. Jangan lupa untuk turut berteriak bersama-sama anak anda!

8. Bersenam di Kid’s Gym

Image credit: SuperPark Malaysia Official Website

Jika anda mempunyai anak-anak kecil yang berketinggian kurang daripada 100cm, jangan bimbang kerana mereka masih boleh berseronok di taman ini. Anda boleh membawa si kecil ke Kid’s Gym yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti mini obstacle course, dinding panjat dan ball pit!

9. Menjadi Ninja Warrior di Ninja Track

Image credit: SuperPark Malaysia Official Website

Tarikan ini memang sempurna bagi peminat rancangan televisyen American Ninja Warrior! Dilengkapi dengan pelbagai halangan, Ninja Track yang merupakan aktiviti mini obstacle course amat sesuai untuk melatih daya ketahanan dan ketangkasan si kecil.

Direka untuk menggalakkan anak anda berlari, melompat dan bergayut, mereka pasti akan membesar sebagai penggemar adrenalin suatu hari nanti!

10. Memanjat seperti Spiderman di Super Climb

Super Climb terdiri daripada beberapa climbing panel yang mempunyai reka bentuk kreatif dan berwarna-warni! Di sini, anda berpeluang memanjat setinggi yang anda mampu sambil  mendapat penyeliaan sepenuhnya oleh krew aktiviti.

Dibina untuk semua peringkat umur, kekuatan teras anak anda akan benar-benar teruji di sini! Malah, Super Climb juga amat popular dalam kalangan remaja dan orang dewasa. Tetapi, jangan kata admin tidak memberi amaran ya; ramai juga kanak-kanak yang telah memanjat dengan lebih tinggi dan tangkas berbanding dengan orang dewasa di sini!

11. Menjaring bola di SuperHoop dan SuperPinball

Image credit: SuperPark Malaysia Official Website

Bagi yang ingin bermain bola jaring ala-ala LeBron James, anda boleh membawa si kecil ke SuperHoop! Di sini, mereka perlu mengumpul markah dengan menjaring sebanyak yang mungkin dalam masa yang ditetapkan sambil melatih koordinasi tangan dan mata.

Bagi mereka yang ingin membuat lagak hebat seperti Cristiano Ronaldo pula, anda boleh mencuba SuperPinball yang berfungsi seperti SuperHoop. Perbezaannya ialah di sini anda perlu menendang bola sepak ke arah gol untuk mengumpul markah.

Jadi, apa yang ditunggu lagi? Taman aktiviti yang berukuran 40,000 kaki persegi ini sememangnya direka khas untuk menghiburkan keluarga anda! Dengan pelbagai aktiviti fizikal yang mesra pengguna, interaktif dan berteknologi tinggi, SuperPark Malaysia pasti akan mendorong si kecil untuk kerap bersenam sambil berseronok dengan keluarga.

Sudah bersedia untuk bermain dengan si kecil? Pilih tarikh dan masa yang sesuai, kemudian tempah tiket anda di sini sekarang!

SuperPark Malaysia juga sedang menjalankan promosi Student Session (3pm-9pm) yang berharga RM30 untuk pelajar di semua peringkat umur. Anda hanya perlu menempah tiket secara online sebelum 24 Mei 2019 dan tunjukkan ID pelajar yang sah sewaktu masuk.

Klik sini untuk menempah tiket anda sekarang!

Untuk maklumat lanjut mengenai taman aktiviti ini, layari laman web rasmi SuperPark Malaysia.


Artikel ini dibawakan khas untuk anda oleh SuperPark Malaysia.

Salmi

Salmi loves spending time in hostels, mingling with travellers from all over the world. She draws her inspiration from her father who used to take her travelling on bumpy back roads instead of highways. There, she learnt how to talk with strangers and where to find the best street food. When she’s not out and about, she writes, cooks and reads.

Share
Published by
Salmi

Recent Posts