Memperkenalkan Teman Bercuti Bersaiz Mini Anda: 6 Sebab Mengapa Anda Akan Sukakan App Percutian Yang Bergaya Ini!

Pada masa kini, merancang sesebuah percutian ialah perkara yang mudah untuk kita lakukan tanpa perlu meninggalkan rumah. Tidak kira sama ada anda ingin bercuti sendirian ataupun bersama rakan-rakan dan keluarga – anda hanya perlu menetapkan tarikh dan destinasi, kemudian semuanya akan menjadi lebih ringkas. 

Peringkat awal ketika merancang percutian semestinya antara aspek-aspek yang paling menyeronokkan tentang melancong. Dari memilih musim terbaik untuk bercuti sehinggalah tiba waktunya untuk membeli tiket penerbangan, kesemua proses ini penting untuk memastikan percutian berjalan lancar. Tetapi, bukan semua perkara semudah yang anda lihat.

Setelah anda menetapkan destinasi percutian, maka tibalah isu perancangan yang kurang gemar untuk dikendalikan seperti butir-butir terperinci percutian itu. Pelbagai isu seperti penempahan hotel, tiket pusat tarikan pelancong, dan servis WiFi boleh merumitkan perancangan anda. Bukan itu sahaja, sekecil-kecil isu juga mampu membuatkan percutian anda tergendala.

Jadi, untuk mengelakkan perkara ini berlaku, kebanyakan pelancong akan menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer; membandingkan harga, tawaran, dan pakej percutian sebelum membuat keputusan. Walau bagaimanapun, dengan app percutian yang menarik ini, anda boleh lupakan semua itu dan fokus pada perkara yang lebih penting: menikmati percutian yang hebat!

Melalui app Ready To Travel, anda dapat mencari pelbagai maklumat dan servis berkenaan percutian anda dengan mudah, sekaligus membolehkan anda menguruskan setiap butir terperinci di hujung jari. Percutian anda pasti akan dipenuhi dengan pengembaraan yang unik! 

Masih tak percaya? Ini enam sebab mengapa anda akan sukakan Ready To Travel!

Ingin beristirahat dengan tenang sebelum berangkat? Dapatkan akses ke ruang istirehat VIP lounge dengan Ready To Travel dan nikmati diskaun 30% apabila anda menggunakan kod promo HOLIDAY untuk tempoh yang terhad. Muat turun Ready To Travel sekarang dan rancang percutian anda yang terhebat!

点击这里下载APP!

Pra-Perancangan

1. Merancang percutian bersama teman bercuti anda

Antara keseronokan melancong ialah menerokai sesebuah destinasi baru, sama ada secara sendirian ataupun bersama rakan-rakan. Walaupun melancong bersama rakan-rakan baik umpama satu impian yang menjadi kenyataan, ramai tidak gemar melakukannya atas satu sebab iaitu kesukaran merancang itinerari.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa semua orang mempunyai citarasa tersendiri apabila bercuti, seperti tempat yang ingin dilawati dan aktiviti yang ingin dilakukan.

Disebabkan waktu terhad untuk diluangkan di sesebuah tempat, merancang itinerari yang sempurna dan memuaskan hati semua pihak memang sukar. 

Salah satu cara untuk pelancong merancang itinerari kumpulan ialah dengan menggunakan Google Docs. Antara faedah Google Docs ialah ia membolehkan lebih dari satu pengguna untuk mengedit dokumen secara serentak. Jadi, pelancong boleh bersama-sama merancang itinerari dengan teman-teman mereka.

Namun, proses yang sulit ini memerlukan pelancong sentiasa merujuk ke pelbagai tab supaya segala maklumat dapat diselaraskan. Oleh kerana semua pengguna dapat melakukannya pada masa yang sama, dokumen ini akhirnya terbeban dengan maklumat yang mengelirukan. Ini menyebabkan sesetengah butir penting mungkin diabaikan.

Maka, ‘interface’ rancangan percutian Ready To Travel yang efisien ini membolehkan anda merancang itinerari berkumpulan dengan mudah! Sebagai permulaan, ikuti sahaja arahan di app ini dan anda akan dipandu langkah demi langkah untuk merancang percutian anda.

App ini akan memaparkan maklumat asas berkenaan destinasi pilihan anda secara ringkas, seperti ramalan cuaca dan perbezaan zon masa. Ia juga akan memaparkan senarai tempat tarikan pelancong dan aktiviti menarik (termasuklah cadangan tempat makan), sekaligus membolehkan anda menghasilkan draf kasar rancangan percutian anda! Selepas itu, ia akan terus menguruskan butir-butir selebihnya! 

Ready To Travel mengambil aspek terbaik Google Docs (iaitu bekerjasama secara serentak) dan memperkemaskannya. Bukan sahaja anda boleh merancang itinerari dengan teman bercuti anda, anda juga boleh menambah nota dan cadangan yang disyorkan oleh app ini tanpa bersusah-payah untuk merujuk ke tab-tab yang mengelirukan.

Selain itu, fungsi yang amat berguna dari Ready To Travel ialah kebolehannya untuk memantau dan mengemaskini anggaran bajet berdasarkan itinerari anda. Sewaktu anda merancang perjalanan bersama-sama teman anda, app ini akan terus mengira anggaran perbelanjaan untuk memudahkan anda memantau bajet sebelum berangkat pergi!

Akhir sekali, ‘interface’ app yang ringkas tapi bergaya ini amat mudah untuk digunakan. Ini adalah untuk memastikan segala nota dan rancangan anda dipaparkan secara tersusun, sekaligus memudahkan anda serta teman-teman anda merancang tanpa dibebankan dengan maklumat yang mengelirukan.

2. Terokai pelbagai aktiviti baru dan menarik

Sesetengah pelancong bercuti dengan rancangan yang cukup jelas dan spesifik. Manakala, ada juga yang bercuti secara spontan dan mencari inspirasi dari laman web atau daripada pelancong lain.

Membaca tentang pengalaman orang lain ialah cara yang dapat membantu anda merancang percutian sendiri. Bukan sahaja anda dapat memahami tentang destinasi yang akan anda lawati dengan lebih baik, anda juga dapat menerokai pelbagai aktiviti dan tempat tarikan pelancong di sana.

Jika anda mengalami kesukaran untuk mula merancang itinerari, jangan risau! Ready To Travel dapat membantu anda. Seperti yang dinyatakan di atas, app ini akan mencadangkan senarai tempat tarikan dan aktiviti berkenaan destinasi percutian anda dari masa ke masa. Bukan itu sahaja, ia juga akan mengesyorkan artikel-artikel dan tips pelancongan berkenaan tempat tarikan yang paling popular di destinasi pilihan anda! 

Biarpun anda masih belum memutuskan destinasi yang ingin dilawati, Ready To Travel juga akan membantu anda merancang percutian berdasarkan gaya melancong yang anda pilih.

Sama ada anda ingin bertemankan alam semula jadi yang tenang atau menikmati pengembaraan yang dipenuhi adrenalin, app ini akan cuba mengesyorkan destinasi dan itinerari persendirian yang bersesuaian dengan anda. Apa yang anda perlu lakukan ialah memilih gaya melancong yang anda gemari dan app ini akan menguruskan perkara yang selebihnya!

Sebelum berangkat ke pengembaraan anda

3. Terima peringatan penerbangan dan pelancongan

Walaupun kita sering tidak sabar untuk berangkat pergi ke destinasi percutian, cara hidup yang sibuk kadangkala dapat membuatkan kita lupa tentang rancangan itu.

Ready To Travel ada di sini untuk mengingatkan anda dari masa ke masa tentang penerbangan anda berdasarkan tarikh percutian, jadi walaupun anda sibuk dengan kerja dan tugasan, anda pasti tidak akan lupa akan percutian yang dirancang dengan penuh teliti itu! 

Selain itu, Ready To Travel juga akan kerap memberikan berita semasa tentang destinasi percutian anda. Ini termasuklah keadaan cuaca, pembatalan/penangguhan penerbangan, acara tempatan dan banyak lagi.

4. Simpan maklumat penerbangan, baca panduan lapangan terbang dan pantau bagasi anda

Salah satu isu yang pelancong sering hadapi di lapangan terbang ialah tersalah arah di pintu atau terminal. Sebenarnya ia berlaku lebih kerap dari jangkaan anda! Antara cara paling berkesan untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku ialah meletakkan maklumat penerbangan anda dalam app Ready To Travel.

App ini akan menghantar kemas-kini mengenai maklumat penerbangan anda secara automatik, seperti terminal pelepasan, pintu pelepasan, waktu dan banyak lagi.

Selain itu, kehilangan bagasi juga ialah antara isu dan situasi yang paling menyusahkan bagi pelancong, lebih-lebih lagi jika ia berlaku di negara asing!

Jika insiden ini melanda anda, jangan risau. Ini kerana Ready To Travel juga menyediakan servis pantauan bagi bagasi yang hilang.

Bayangkan anda tiba di lapangan terbang di Eropah dan anda tidak mempunyai kefasihan bahasa tempatan di sana. App ini mempunyai servis untuk mencari bagasi anda dan mengemaskini maklumat dari masa ke masa – anda tidak perlu menelefon sesiapa untuk mendapatkan maklumat terkini.

Tambahan lagi, dengan fungsi Bag Locate yang boleh dimuat turun melalui app Ready To Travel, anda dapat menerima ganti rugi yang setimpal walaupun anda tidak berjaya menuntut bagasi yang hilang –  sekaligus membolehkan anda melancong dengan fikiran yang lapang.

5. Mengakses ruang istirahat VIP sebelum berlepas

Lupakan tempat menunggu yang membosankan di pintu pelepasan, apa kata anda beristirahat dengan tenang sebelum berangkat ke percutian impian anda?

Dengan app Ready To Travel, anda boleh membeli akses ke pelbagai ruang istirahat atau ‘lounge’ VIP premium di lebih daripada 400 buah lapangan terbang di serata dunia. Cara untuk membuat pra-tempahan akses ini amat mudah – cuma ikuti arahan dalam app ini dan anda akan dipandu langkah demi langkah!

Untuk waktu terhad, nikmati 30% diskaun apabila anda menggunakan kod promo ini:  HOLIDAY untuk mendapatkan akses ke ruang istirahat VIP di lapangan-lapangan terbang tertentu!

KLIK DI SINI UNTUK MEMUAT TURUN APP

Sewaktu Ketibaan

6. Servis mengambil penumpang sewaktu ketibaan (terhad kepada Singapore Changi Airport pada masa ini)

Akhir sekali, Ready To Travel juga menawarkan servis pemindahan dari lapangan terbang. Walaupun sesetengah pelancong berasa senang untuk menuju ke pusat bandar secara bersendirian, ada juga yang gemar akan cara yang lebih selesa, tanpa merujuk peta pengangkutan awam yang rumit. Dengan app Ready To Travel, anda boleh mengatur pemindahan dari lapangan terbang sebelum anda berlepas ke destinasi percutian anda!

Tambahan lagi, berbanding dengan servis ‘e-hailing’, servis pemindahan dari lapangan terbang ini bukan sahaja menawarkan pemanduan yang selesa ke destinasi anda, malahan ia menawarkan sesi jumpa dan sapa di balai ketibaan dan juga bantuan di pusat-pusat servis utama. Nah, inilah makna sebenar bercuti dengan selesa!

Memandangkan anda sudah memahami pelbagai fungsi App Ready To Travel, pasti anda rasakan bahawa merancang itinerari yang sempurna tidaklah sesukar mana, bukan? Selain daripada memudahkan proses perancangan, app ini dapat membantu anda mengatur segala-galanya tentang percutian anda dengan baik. Ia benar-benar menawarkan keselesaan di hujung jari! 

 MUAT TURUN READY TO TRAVEL SEKARANG, TEMAN BERCUTI YANG SEMPURNA UNTUK PELANCONGAN ANDA YANG SETERUSNYA!


Dibawakan kepada anda oleh Ready to Travel

Salmi

Salmi loves spending time in hostels, mingling with travellers from all over the world. She draws her inspiration from her father who used to take her travelling on bumpy back roads instead of highways. There, she learnt how to talk with strangers and where to find the best street food. When she’s not out and about, she writes, cooks and reads.

Share
Published by
Salmi
Tags: Sponsored

Recent Posts