赶紧从 9月 2日至 9月 4日之间来到 MATTA Fair 吧!
Cuti sekolah dah dekat tapi anda masih pening buat itinerari untuk percutian keluarga? Inilah masanya untuk beralih arah ke pantai-pantai dan pulau-pulau Australia yang gerenti akan berjaya membuatkan anak-anak anda berhenti daripada melihat skrin dan meluangkan masa berkualiti bersama anda! Jadi, teruskan membaca untuk ketahui pantai dan pulau tercantik di Australia yang anda patut lawati serta aktiviti-aktiviti mesra keluarga yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Image Credit: Jervis Bay, New South Wales © Destination NSW
Mulakan percutian keluarga anda dengan memandu sekitar tiga jam dari ACT ke Jervis Bay dan sertai pelayaran melihat ikan lumba-lumba dan paus di Jervis Bay Marine Park. Sementara si kecil membina istana pasir di pesisir pantai, anak remaja anda boleh bergembira dengan berkayak dan mencuba aktiviti stand-up paddleboarding (SUP) yang mengujakan.
Kemudian, teroka laluan berjalan White Sands Walk bersama keluarga sepanjang pesisiran Jervis Bay sehingga anda temui satu lagi pantai indah berpasir putih iaitu Chinamans Beach, pantai yang sesuai untuk berpiknik dan berjemur bersama yang tersayang. Jika berkesempatan, bawa keluarga anda menyaksikan pemandangan matahari terbenam di satu lagi pantai popular di Jervis Bay iaitu Hyams Beach.
Image credit: Green Patch Beach, New South Wales © Destination NSW
Untuk mengamati keindahan pantai dan hutan belantara, Green Patch Beach yang terlindung dalam kawasan Boodere National Park menjanjikan pengalaman dua dunia ini. Pada keheningan pagi, anda akan dikejutkan dengan kawanan kanggaru dan walabi yang comel berkeliaran di sekitar tapak perkhemahan anda.
Bapa-bapa pasti suka berada di sini kerana mereka boleh memancing ikan siakap dan jenahak sepuas-puasnya sambil menikmati pemandangan pantai yang nyaman. Dalam 10 minit berjalan kaki adalah Bristol Point, pantai berbatu tersorok di mana anda boleh meluangkan waktu petang dengan bermandi-manda dan ‘snorkeling’ bersama yang tersayang.
Untuk menikmati hidangan halal yang lazat pada harga berbaloi, isi perut anda dengan makanan Thai segar di Nana On The Bay Thai Restaurant berhampiran Blenheim Beach, atau beli bungkusan pelbagai aneka kebab yang menjilat jari dari Swell Pizzas & Kebabs untuk dibawa berkelah nanti. Masjid terdekat adalah di Canberra Mosque yang masih teguh berdiri sejak tahun 1961 lagi.
Image credit: Balmoral Beach, New South Wales © Andrew Gregory; Destination NSW
Si kecil anda baru belajar berenang? Berendam bersama-sama dengan selamat dalam kolam lautan terlindung di Balmoral Beach sambil menyaksikan anak-anak remaja anda berseronok di atas kayak dan papan dayung.
Di sebelah selatan pantai pula terdapat kolam batu dengan air jernih yang membolehkan anda melihat hidupan marin seperti ketam dan tapak sulaiman. Jangan lepaskan peluang untuk berjalan ke Spit Bridge berhampiran dan saksikan pemandangan Sydney Harbour yang mengagumkan!
Image credit: Shelley Beach, New South Wales © Seen Australia
Bagi yang ingin mencabar comfort zone, sertai kelas selam skuba di Shelly Beach (15 minit dari Manly Beach) untuk terokai dunia bawah air yang kaya dengan pelbagai spesis kehidupan akuatik seperti ikan pari dan kuda laut, serta terumbu karang terpelihara.
Untuk aktiviti di darat pula, anda boleh bersuka ria bermain frisbee atau bola tampar sambil ber-BBQ di tepi pantai bersama keluarga. Setelah itu, bawa mereka menyusuri trek bushwalk yang terdapat di pesisir pantai untuk menikmati pemandangan laut yang mempesonakan!
Image credit: Byron Bay, New South Wales © Destination NSW
Byron Bay merupakan lokasi perairan popular dalam kalangan keluarga yang bercuti ke Australia, terutamanya pada musim panas. Antara aktiviti wajib cuba untuk anda sekeluarga ialah belajar meluncur air dengan pelatih-pelatih profesional yang terdapat di sana. Kemudian, anda boleh berpiknik di The Pass Beach sebelum bersiar-siar di sepanjang Cape Byron Walking Track dan mengamati pemandangan Cape Byron Lighthouse yang tersergam indah.
Main Beach, salah satu pantai indah di sini juga amat sesuai untuk bermandi-manda dan berjemur. Anda juga boleh menyertai aktiviti kayak di sepanjang Main Beach yang juga sesuai bagi kanak-kanak sekecil lima tahun untuk bermesra dengan kawanan ikan lumba-lumba bottlenose dan juga penyu.
Tercari-cari tempat makan mesra Muslim berdekatan? Jamu selera di Taj Tandoori Indian Restaurant di Nelson Bay untuk merasai berbagai-bagai hidangan asli India seperti ayam tikka dan butter chicken yang mengenyangkan. Dalam perjalanan pulang, sejukkan tekak anda sekeluarga dengan aiskrim scoop di Mediterranean Kings Kebab. Anda boleh menunaikan solat fardhu di Newcastle Mosque yang buka 24 jam.
Image credit: Casuarina Beach, Northern Territory © Tourism NT/Shaana McNaught
Larikan diri dari hiruk-piruk suasana bandar ke Casuarina Beach yang baru-baru ini berjaya disenaraikan dalam 10 pantai terbaik di Australia bagi tahun 2024! Di sini, anda dan keluarga boleh meneroka trek-trek pantai yang sesuai untuk berjalan kaki, berbasikal serta mountain-biking. Oh, dan jangan lupa bawa teropong untuk saksikan burung-burung laut serta burung migrasi yang terdapat di sini!
Image credit: Mindil Beach Sunset Markets, Northern Territory © Tourism NT/Sean Scott
Jika anda berkunjung ke Darwin antara bulan April dan Oktober, jangan lepaskan peluang untuk mengisi waktu senja bersama keluarga tercinta di Mindil Beach Sunset Markets pada hari Khamis atau Ahad.
Pasar ini menampilkan lebih kurang 150 vendor menjual pelbagai jenis barangan dan makanan termasuk kraf tangan dan hasil seni unik, street food yang menggiurkan, makanan laut segar serta pencuci mulut eksotik. Anda juga akan ditemani dengan alunan muzik ‘live’ yang menghangatkan lagi suasana bersiar-siar bersama keluarga. Syoknya~
Tiba-tiba craving makanan BBQ halal yang dihidang panas? Bolehlah bawa keluarga anda singgah ke Sari Rasa sama ada di lokasi asal Cavenagh Street mahupun di gerai vendor di Mindil Beach Sunset Markets. Anda wajib cuba menu hangat mereka iaitu sate kambing smoky yang dibakar atas arang! Bagi mendahulukan waktu solat, anda boleh ke masjid kecil Darwin Mosque yang berada lebih kurang 20 minit dari Mindil Beach, dan beramah mesra dengan komuniti Muslim di sana.
Image credit: Whitehaven Beach, Queensland © Tourism and Events Queensland
Alang-alang dah sampai di Queensland, nikmati keindahan Whitsundays Island yang menjanjikan keseronokan tak terhingga. Anda boleh mulakan percutian di sini dengan aktiviti snorkel menerokai Great Barrier Reef bersama keluarga.
Kemudian, ambil kesempatan ini untuk mendaki Hill Inlet Lookout sebelum bergambar sepuas-puasnya dengan berlatarbelakangkan panorama ikonik hamparan pasir putih berpusar dengan air laut sebiru kristal di Whitehaven Beach.
Untuk mendapatkan comfort food sedap dan halal, Urban Lamb berdekatan Kawana Beach yang menjual makanan berasaskan daging kambing ala-ala masakan Greek sememangnya pilihan terbaik anda! Untuk tujuan beribadah, Sunshine Coast Masjid yang terletak kira-kira 10 minit dari Mooloolaba Beach menyediakan ruang solat yang lengkap.
Image credit: Glenelg Beach, South Australia © Lucy Adamopoulos
Tak sempat nak bawa si kecil bercuti jauh? Hanya 20 minit dari pusat bandar Adelaide yang mudah diakses melalui trem, anak-anak anda boleh bergembira mencelup kaki di tepi pantai cetek Glenelg Beach di Holdfast Bay sebaik sahaja penat bersuka-ria di taman permainan interaktif Glenelg Foreshore Playspace berdekatan.
Selain membina istana pasir dan bermandi-manda, anda juga boleh singgah ke The Beachouse, sebuah kompleks hiburan besar di Glenelg Beach. Di sini, keluarga anda boleh bermain gelongsor air, permainan arked, bot bumper, golf mini dan bermacam lagi. Selain itu, anda juga boleh menyertai pelayaran melihat ikan lumba-lumba yang bermula dari Holdfast Marina.
Sementara di pinggir pantai Glenelg, pergi ke restoran The Ottoman Grill Turki untuk memuaskan kelaparan anda dengan makanan tradisional Turki yang dimasak mengikut resepi turun-temurun dan menggunakan rempah ratus asli serta bahan-bahan segar untuk santapan sihat. Untuk menunaikan kewajipan anda, anda boleh ke Maryam Masjid dalam masa 15 minit perjalanan dari Glenelg atau mempergunakan bilik solat di Adelaide Airport berdekatan.
Image credit: The Neck, Bruny Island, Tasmania © Jess Bonde
Dengan menaiki feri dari kota Kettering, anda boleh mendaki tangga kayu ke puncak jalur tanah The Neck untuk menyaksikan lanskap 360 darjah yang mempersembahkan pemandangan indah seluruh Bruny Island.
Jika anda melawat antara bulan September hingga Februari, anak-anak anda mesti teruja apabila dapat memerhatikan burung shearwater dan penguin kecil pulang ke habitat mereka. Jangan lupa bersiar-siar di pesisir pantai Adventure Bay Beach sebelum memandu pulang!
Image credit: Wineglass Bay, Tasmania © Chad Dewson
Teringin menerokai gua laut dan teluk-teluk tersembunyi di celah-celah tebing granit? Berlayar bersama keluarga di atas bot mengelilingi Freycinet National Park dari Coles Bay adalah cara terbaik untuk menghargai kecantikan sekitar pantai Wineglass Bay. Yang lagi best, anda mungkin berkesempatan melambai pada kawanan anjing laut dan ikan lumba-lumba yang comel belaka!
Makanan halal boleh didapatkan di ibu kota Tasmania iaitu Battery Point, Hobart di restoran Kathmandu Cuisine yang menawarkan hidangan Nepal asli. Jika anda merancang untuk melalui kawasan Sandy Bay, Hobart Mosque sentiasa membuka pintunya untuk keperluan solat anda.
Image credit: St Kilda Pier, Port Melbourne Beach, Victoria © Visit Victoria
Jika anda dan keluarga mahu meluangkan masa dengan aktiviti fizikal, Port Melbourne Beach ialah destinasi yang sesuai untuk berbasikal, bertanding bola tampar, dan juga bermain layang-layang. Anda juga boleh singgah di Lagoon Reserve and Edwards Park berhampiran yang menyediakan taman permainan dan kemudahan BBQ untuk pengunjung.
Kemudian, teruskan pengembaraan dengan menaiki bot feri di St Kilda Pier yang akan membawa anda sekeluarga menikmati ketenangan sekitar Port Phillip. Setelah pulang berlayar, tutup hari anda di Port Melbourne Beach dengan menyaksikan suasana matahari terbenam yang begitu magikal bersama yang tersayang di atas jeti.
Image credit: Brighton Beach, Melbourne, Victoria © Visit Victoria
Untuk dapatkan suasana pantai yang lebih aman dan jauh dari keramaian kota, anda boleh berkunjung ke Brighton Beach yang juga dikenali sebagai Dendy Street Beach. Ia merupakan salah satu tempat melancong yang paling popular di Victoria dan selalu dikunjungi orang ramai. Pantai ini terkenal dengan Brighton Bathing Boxes — pondok-pondok berwarna-warni yang memang insta-famous di kalangan para pelancong.
Selain daripada menangkap gambar dengan pondok-pondok pantai itu, anda boleh menyelam dan ber-snorkel dalam air laut yang jernih.
Puaskan selera anda dengan kebab Doner lembut di Turk To Me, restoran gaya Turki di kawasan Port Melbourne. Selepas turun dari feri di Williamstown, anda patut terus pergi ke Sangam Tandoori untuk merasai makanan laut sedap tak terkata yang dihidangkan dengan gaya masakan India seperti udang masala dan ikan masak madras. Untuk kemudahan solat, anda boleh ke Islamic Society of Geelong di Geelong yang berdekatan Port Melbourne.
Image credit: Cable Beach, Western Australia © Tourism Western Australia
Tidak sempurna percutian anda di Western Australia jika tidak mengalami sendiri pengalaman merentasi Cable Beach, yang terletak di Broome, di atas unta semasa matahari terbenam! Kemudian, anda boleh berposing bersama keluarga sampai penat di Gantheaume Point di atas tebing batu merah popular sambil menghadap vista Lautan Hindi yang luas tak terkata. Nak ucapkan G’day kepada ikan lumba-lumba snubfin? Lihat mereka mengocak air di Roebuck Bay yang terletak berdekatan Broome Port.
Image credit: Lucky Bay, Esperance, Western Australia © Tourism Western Australia
Apabila di Esperance, pastikan anda bawa keluarga tercinta meluangkan masa di Lucky Bay yang terletak di dalam Cape Le Grand National Park. Pantai wajib dikunjungi ini dikelilingi oleh rizab alam semula jadi Recherche Archipelago yang menjadi rumah kepada 105 pulau.
Di Lucky Bay, anak-anak anda pasti teruja apabila dapat bertemu dengan kanggaru-kanggaru yang selalu berjemur di tepi pantai bersih berpasir putih ini. Anda juga boleh bawa mereka menyusuri Cape Le Grand Coastal sambil menikmati pemandangan laut yang terbentang luas, bunga-bunga liar yang berwarna-warni serta bentukan batu yang unik di tepi pantai.
Anda tak perlu pergi jauh untuk mendapatkan makanan halal yang menyelerakan. Singgah sahaja di Cairo Café & Restaurant di Frederick Street, Broome di mana anda pasti akan terus tergoda dengan bau aromatik sajian Timur Tengah yang penuh berkhasiat! Di Esperance, terdapat rantaian Siam Thai Restaurant yang menyediakan makanan dalam portion besar dan sesuai untuk sekeluarga. Menunaikan solat di Broome sangat mudah kerana Broome Musalla terletak lima minit sahaja dari Cable Beach.
Jadi, anda excited tak nak hirup udara segar di tepi pantai-pantai Australia yang memukau? Harapnya artikel ini dapat memberi inspirasi kepada anda untuk merancang percutian yang sempurna bersama keluarga di “the land Down Under”. Selamat melancong dan jangan sampai terlupa passport tau!
Tempah percutian Australia anda dengan trusted partners kami sekarang:
(+603) 2705 8228
Forever Travel Service Sdn Bhd
(+604) 226 6633
Sedunia Travel Services Sdn Bhd
(+603) 2779 5480
1 300 88 3000
Dapatkan lebih banyak tips dan inspirasi pelancongan di: Australia.com
Dibawakan khas oleh Tourism Australia.
Published on
赶紧从 9月 2日至 9月 4日之间来到 MATTA Fair 吧!
除了日本,韩国的樱花也一样十分迷人!
准备到日本赏樱去了!
大家赶快收藏起来
Mouth? Watering. Trip to Sarawak? Planning.
赏心悦目的 KL 度假屋!
KLIA 的评分远超 350多家机场平均水平!
全新的退税制度,计划在 2026年实行!
马来西亚人可以 Visa-free 旅游的国家,你知道几个?
旅行是最好的疗伤良药!