这个周末不想呆在家又不想跑太远,那就到Sungai Buloh双溪毛糯来个半日游,不为人知的当地好吃、好玩一一为你介绍!

Malaysia mempunyai begitu banyak tarikan percutian menarik yang boleh diterokai. Sesetengah destinasi pelancongan ini juga bertaraf dunia dan sering menjadi lokasi percutian pelancong asing. Mengapa perlu menghabiskan wang dan masa ke luar negara sedangkan banyak tempat di Malaysia yang masih belum lagi dilawati?
Image credit: esharkj
Jika ada yang tidak berkemampuan untuk melancong di negeri lain, mungkin anda boleh mula melawati kawasan tumpuan pelancong yang berdekatan dengan anda. Pendek kata, anda tetap boleh mendapat faedah melancong tanpa keluar dari negara.
Jom sama-sama kita lihat 5 sebab mengapa anda perlu melancong dalam negara!
Image credit: Azreen Yunus
Anda mungkin fikir saiz Malaysia tidaklah sebesar mana, tetapi, sebaik sahaja anda mula menerokai tempat-tempat di sini, pasti anda akan bertukar fikiran!
Dengan 13 buah negeri dan 3 Wilayah Persekutuan, anda berpeluang melawati pelbagai kawasan yang mempunyai ciri-cirinya tersendiri, daripada kawasan pantai yang biru jernih sehinggalah kawasan tanah tinggi yang nyaman.

Seperti contoh, tahukah anda bahawa perkampungan terpencil Bario di Sarawak menjadi amat gelap ketika waktu malam, sehinggakan anda dapat menikmati pemandangan galaksi ‘Milky Way’ yang cukup jarang dilihat di kawasan lain? Manakala, dusun Bao Sheng Durian Farm bukan sahaja menjual durian ketika musim buah tiba, tetapi juga menawarkan pakej penginapan di sana!
Masih fikir anda sudah habis menerokai seluruh Malaysia? Fikir sekali lagi! 😏😏
Image credit: anwar siak
Mendaki Gunung Mulu selama 3 hari 2 malam, menyertai cabaran ‘ropes course’ tertinggi di dunia di Menara Komtar, menerokai Gua Tempurung ataupun memulakan ekspedisi ‘jungle-trekking’ terhebat di Maliau Basin Conservation Area – ini semua ialah antara deretan aktiviti mencabar di negara kita.
Cabaran yang paling sukar sebenarnya ialah memilih aktiviti yang mana satu untuk anda lakukan! Kebanyakan tempat di Malaysia tidak mengenakan caj yang terlalu mahal untuk anda menyertai aktiviti ‘adventure’ seperti ini, malah ada juga yang boleh dilakukan secara percuma!

Bukan itu sahaja, bagi anda yang berbajet rendah, anda boleh menuju ke mana-mana kawasan rekreasi tempatan untuk berkhemah dan bermalam di tengah-tengah kehijauan. Syoknya!
Image credit: amrufm
Ya, kita semua pernah belajar tentang sejarah sewaktu zaman persekolahan dan mungkin kini bergantung pada media sosial untuk mengikuti berita terkini. Tapi, tidak semua boleh dijelaskan di hujung jari anda!
Dengan meluangkan masa dan menimba pengalaman semasa melancong dalam negara sendiri, minda anda akan terbuka luas untuk memahami sejarah dan isu semasa dengan lebih matang.

Seperti contoh, tahukah anda bahawa Kepulauan Borneo yang dikongsi oleh Sabah, Sarawak, Indonesia dan Brunei ialah pulau ketiga terbesar di dunia selepas Greenland dan New Guinea?
Atau tahukah anda bahawa terdapat gugusan jalan yang bernama ‘Street of Harmony’ di Melaka dan Pulau Pinang, di mana tempat-tempat suci pelbagai ajaran dibina berdekatan satu sama lain?
Terdapat banyak perkara yang tidak dapat ditemukan di dalam buku teks, jadi pengembaraan di Malaysia akan membantu anda untuk sentiasa menimba ilmu tentang negara sendiri.
Image credit: DANNY CHIAM
Walaupun berada di tanah air yang sama, ini tidak bermakna masyarakat lain di Malaysia menjalani kehidupan yang sama seperti anda. Bagi yang sudah biasa menetap di kawasan bandar, cara hidup yang tidak terlalu sibuk di sebuah pekan kecil akan membuatkan anda berasa seperti berada di dunia yang baru, dan juga sebaliknya.
Pekerjaan, cara pemakanan, pakaian harian, hobi waktu lapang dan cara percakapan ialah antara aspek-aspek yang anda akan pelajari di tempat baharu. Bukan itu sahaja, reka bentuk bangunan, jenis flora dan fauna serta cuaca juga berbeza dari satu tempat dengan tempat yang lain.

Jadi, cuba tinggalkan tempat anda membesar seketika dan pergi menerokai dunia lain di Malaysia seperti bermalam di pondok kecil di dalam hutan, mengenali masyarakat yang tinggal di tepi laut, melawati rumah panjang, dan banyak lagi!
Image credit: Rawpixel Ltd
Terdapat sesetengah orang yang gemar berbual bersama-sama orang yang tidak dikenali untuk tujuan berkawan. Terdapat juga yang kurang berasa yakin, tetapi mereka tetap ingin cuba melatih diri supaya menjadi lebih peramah.
Dengan niat untuk mencari kawan baru dan mempelajari cara hidup orang lain semasa melancong, anda pasti akan berusaha untuk berbual dengan seseorang yang tidak dikenali. Tidak kiralah pendek atau panjang perbualannya, anda akan berpeluang untuk bercerita dengan orang di sekeliling dan bertukar-tukar pengalaman sesama sendiri.

Melalui jalinan persahabatan ini, anda akan menyedari bahawa melancong bukanlah setakat melihat tempat-tempat tarikan dan menikmati makanan tempatan sahaja! Malah, jika anda berpeluang melancong di luar negara, persiapan ini akan membuatkan anda lebih yakin untuk berinteraksi dengan orang asing.
Jadi, jika anda sering merancang untuk bercuti di luar negara, saya sarankan agar anda bermula di tanah air dahulu. Setiap orang akan mendapat pengalaman yang berbeza-beza, tetapi satu perkara yang pasti ialah ia akan banyak mengajar anda tentang kehidupan melalui perspektif yang baharu. 😊
Published on
这个周末不想呆在家又不想跑太远,那就到Sungai Buloh双溪毛糯来个半日游,不为人知的当地好吃、好玩一一为你介绍!
露营,不管是原始版还是豪华版,都能让你在与大自然零距离接触的同时,彻底放松身心灵。这个周末就约上三五好友露营去吧!
Macao, where your ‘gram dreams really do come true.
住宿费高,交通费高,伙食费也高。生活在悉尼的学生们,即使一个星期打工20个小时,也最多只能补贴一半的生活费。想吃一顿好吃的却又担心钱包越来越薄,只好每天往Maccas(麦当劳)跑。是不是说中了你的心声呢?别担心,今天就让小编为你提供10个经济实惠的餐厅,从今以后让你和Maccas说拜拜!
无论你是喜欢感受当地文化,还是探索大自然的奥妙,处处风景如画的斯洛文尼亚都能满足你的愿望。在斯洛文尼亚,无论何时何地都能让你拥有精彩丰富的旅游体验,只要用心感受,你一定能这趟旅行中探索属于你的斯洛文尼亚特色。
把这份探店清单收藏起来!
马来西亚拥有全东南亚最大的购物中心!
还没买票回乡或出游?KTMB 这波 30% 折扣你一定要领!
你以为只有日本有樱花吗?
韩国的春季好漂亮啊!