到马六甲走走也要住的舒服啦!
Apabila anda memikirkan tentang Filipina, apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran? Kebanyakan orang akan membayangkan pantai yang indah bak poskad, kehidupan pulau yang meriah, pesona kolonial Sepanyol, dan suasana malam yang bertenaga. Salah satu aspek paling menarik ketika melawat Filipina ialah meneroka kepelbagaian dan keunikan sajian kulinari negara ini. Masakan Filipina menyajikan pelbagai rasa yang kaya — daripada keenakan adobo yang menyelerakan, hinggalah kesegaran makanan laut yang terus dari laut. Jadi, sudah tiba masanya untuk menyimpan senarai makanan terbaik di Filipina dan ketahui di mana boleh mencubanya!
Sedia untuk menjelajah Filipina melalui makanan?
Baca juga: Temu Bual Bersama Seorang Cef: Mengapa Masakan Filipina Berbaloi untuk Diterokai
Temui makanan terbaik Filipina dan pengembaraan yang menarik!
Lawatan tidak akan lengkap tanpa merasai masakan negara yang pelbagai dan lazat. Nikmati adobo yang lazat serta kinilaw yang segar dan makanan laut yang baru ditangkap, setiap bandar menawarkan perisa istimewanya.
Alami daya tarikan dan citarasa Filipina — pengembaraan yang tidak dapat dilupakan menanti!
Imej kredit: Tourism Promotions Board (TPB) Philippines
Jika anda gemar rasa yang masam, pedas dan menyelerakan, lawatilah Davao dan cuba hidangan Kinilaw. Hidangan ini sering dianggap sebagai versi ceviche Filipina, dan pernah ditampilkan dalam rancangan masakan Netflix, Culinary Class Wars!
Kinilaw ialah hidangan tradisional Filipina yang “memasak” ikan mentah atau makanan laut melalui perapan berasid seperti cuka, limau, bawang merah, halia dan cili. Bagi rakyat Malaysia, bayangkan ia seperti versi umai dari Sarawak. Di Davao, Kinilaw biasanya menggunakan ikan tuna segar dan disajikan sebagai pembuka selera.
Imej kredit: Tourism Promotions Board (TPB) Philippines
Peminat makanan laut pasti tidak mahu melepaskan peluang mencuba ketam Curacha semasa meneroka pantai indah Zamboanga dan senibina berunsurkan Sepanyol di sana. Dikenali juga sebagai frog crab atau spanner crab, ia merupakan makanan istimewa daerah ini yang jarang ditemui di tempat lain di Filipina.
Di Zamboanga, ketam Curacha biasanya dimasak dengan sos Alavar — sos berasaskan santan yang berkrim, sedikit pedas, dan mengandungi telur ketam serta ramuan aromatik lain. Nikmatilah bersama nasi panas atau dimakan begitu sahaja!
Imej kredit: MDV Edwards from Getty Images
Bayangkan sate ayam, tetapi lebih besar dan dengan rasa masam yang istimewa — itulah Ayam Inasal, antara makanan jalanan paling popular di Filipina, terutamanya di Bacolod.
Penduduk Bacolod amat berbangga dengan hidangan ini yang menjadi simbol bandar mereka. Berbeza daripada ayam panggang biasa, Ayam Inasal diperap dengan cuka (kebiasaannya cuka kelapa), limau calamansi, rempah tempatan seperti serai, halia, bawang putih dan annatto yang memberi warna oren kemerahan yang tersendiri. Berbanding sate biasa yang sering dimakan sebagai snek, Ayam Inasal lazimnya dimakan sebagai hidangan utama bersama nasi putih kukus.
Imej kredit: Tatay Dm | Shutterstock
Untuk merasai pengalaman budaya yang mendalam, Iloilo ialah destinasi yang mesti dikunjungi — daripada Gereja Miagao yang diiktiraf UNESCO hinggalah bangunan-bangunan bersejarah di daerah Jaro.
Namun, keenakan kulinari Iloilo juga tidak harus dilepaskan! Salah satu hidangan yang wajib dicuba ialah Batchoy atau lebih dikenali sebagai La Paz Batchoy. Sup mi yang mengenyangkan ini mengandungi mi telur, chicharon (keropok kulit babi), hirisan daging khinzir, hati, dan kadangkala sum-sum tulang. Ia enak dimakan bersama puto (kek beras) atau dinikmati begitu sahaja.
Nota: Pada masa kini, versi halal atau tanpa khinzir juga tersedia untuk memenuhi keperluan pelancong Muslim, dengan penggunaan daging lembu atau ayam sebagai alternatif.
Imej kredit: Tourism Promotions Board (TPB) Philippines
Tanya mana-mana penduduk tempatan di Filipina tentang makanan kegemaran mereka, kemungkinan besar mereka akan menyebut Ayam Adobo. Dianggap sebagai hidangan kebangsaan tidak rasmi, adobo dinikmati di seluruh negara. Bahan utama seperti ayam, daging lembu atau makanan laut digoreng seketika, kemudian dimasak perlahan dalam campuran kicap, cuka, bawang putih dan daun bay, menghasilkan rasa yang sedikit masam dan lazat.
Hidangan ini merupakan makanan ruji bukan sahaja di restoran, malah di setiap rumah Filipina. Setiap keluarga mempunyai versi tersendiri — ada yang suka lebih manis, ada pula yang suka ia lebih kering atau berkuah.
Nota: Selain ayam, daging khinzir atau gabungan ayam dan khinzir juga biasa digunakan dalam resipi asli.
Temui keajaiban Filipina — destinasi meriah yang dipenuhi dengan budaya yang kaya, landskap yang menakjubkan dan layanan mesra!
Tiada perjalanan ke Filipina yang lengkap tanpa menikmati hidangan kulinarinya yang unik. Nikmati hidangan ikonik seperti adobo, kinilaw dan makanan laut segar terus dari pulau-pulau di setiap bandar. Mulakan pengembaraan masakan dan tempah perjalanan anda ke Filipina hari ini!
Baca juga: Bukan Perjalanan Biasa Anda: Berbasikal, Belayar & Paragliding di Filipina
Filipina menawarkan lebih banyak makanan lazat dan aktiviti yang menyeronokkan di luar senarai ini. Anggap ini tanda anda untuk menempah perjalanan ke negara yang indah ini dan alami semuanya sendiri!
Published on
到马六甲走走也要住的舒服啦!
You don’t have to travel far to experience a winter getaway for your year end vacation this year! Just check out these chilly locations close to home!
Time to start planning, guys!
邻国的机场又的第一啦!
邻国新加坡是最安全的城市之一!
穷游中国也可以很好玩~
When in doubt, go JB!
香港,我来啦!
为大马骄傲~
给第一次到韩国旅游的你!