Tourism Australia Mobile Image

20 Aktiviti Menarik Yang Anda Perlu Lakukan di Kyoto

Apabila kebanyakan orang terfikir tentang Jepun, mereka membayangkan jalan-jalan yang penuh dengan lampu neon yang meriah dan terang, kedai-kedai anime dan manga yang mewah, dan pencakar langit yang tinggi. Walaupun terdapat beberapa tempat di Kyoto yang moden seperti Tokyo, kebanyakan bandar ini bergema dengan daya tarikan yang unik dan tersendiri.

Jika anda ingin melawat Kyoto tetapi tidak pasti apa yang patut dilihat dan dilakukan di sana, jangan risau. Di sini kami menyediakan senarai 20 perkara menarik yang boleh dilakukan di Kyoto untuk pengalaman yang susah dilupakan!

1. Terokai Stesen Utama Kyoto (Kyoto Main Station)

Image credit: Zuzu

Kyoto Main Station ialah bangunan yang mempunyai karya seni bina yang unik. Lihat sahaja siling di atas dan anda pasti terpersona! Maka, ianya lebih daripada sekadar untuk pameran. Stesen ini dipenuhi dengan tempat makan yang tidak terkira banyaknya, kedai cenderamata, kedai runcit dan pusat membeli-belah! Ianya juga merupakan tempat yang baik untuk mendapatkan cenderahati last minute sebelum berlepas ke tempat lain di Jepun

2. Nikmati permandangan panorama bandar dari Menara Kyoto

Image credit: T.Kiya 

3. Rasai makanan jalanan yang segar dan membeli-belah di Pasar Nishiki

4. Pelajari sejarah budaya otaku di Muzium Manga Antarabangsa

Image credit: Peat Bakke  

5. Mendaki ke puncak Kuil Fushimi Inari yang ikonik

Tip: Anda boleh menangkap gambar yang best di puncak kerana tiada pelancong yang banyak di sini!

6. Berjalan-jalan di Hutan Buluh Arashiyama yang dingin dan aman

7. Menginap di sebuah rumah perahu di kampung nelayan Ine

Image credit: Raita Futo 

8. Berlayar di sepanjang Sungai Hozugawa yang indah dengan bot

Image credit: Pyonko Omeyama 

9. Mengambil gambar di Jambatan Gion Tatsumi yang indah

Image credit: Richard

Dengan pagar yang berwarna merah terang dan jalan batu di seberang sugai yang jernih, Jambatan Gion Tatsumi merupakan salah satu tempat yang paling indah di Daerah Gion. Ia amat sesuai untuk menangkap gambar #ootd di Instagram! Tempat ini lebih cantik lagi pada musim bunga apabila bunga ceri penuh mekar!

10. Berkelah di antara 680 pokok bunga ceri di Maruyama Park

Image credit: KimonBerlin

11. Nikmati permandangan di sepanjang Tetsugaku no Michi yang cantik sepanjang tahun sambil bersantai di sana

Terletak di sepanjang sebuah kanal di arah selatan Ginkaku-ji, laluan berjalan dua kilometer ini dikenali sebagai Jalan Falsafah kerana hubungannya dengan ahli falsafah Jepun Kitarō Nishida. Pada musim bunga, ia adalah terowong bunga ceri manakala pada musim panas, kawasan tepi sungai dipenuhi kunang-kunang. Ini menjadikannya tarikan percutian yang sesuai untuk bila-bila masa sepanjang tahun!

12. Pergi ‘temple-hopping’ di beberapa kuil-kuil purba di Kyoto yang indah

Pilihlah daripada kuil yang indah seperti Kuil Nanzen, Shouren-in, Shimogamo Shire dan banyak lagi. Sepanjang perjalanan saya, saya terjumpa kuil Otani Hombyo yang cantik di seberang tempat penginapan saya. 

13. (Mungkin) Bertemu cinta sejati anda di Kuil Jishu

Image credit: Yisris

Tempat suci ini terletak di Kiyomizudera, tempat paling terkenal di Kyoto bagi berdoa untuk hubungan pasangan yang berjaya. Anda perlu menutup mata sambil berjalan melalui dua batu yang dikenali sebagai ‘tukang tilib nasib’ dan jika anda berjaya, anda akan menemui cinta sejati anda.

Sekiranya anda tidak percaya, anda juga boleh membeli beberapa azimat dan cenderamata untuk nasib dalam percintaan. Jangan lupa tag rakan-rakan anda yang masih bujang ya!

14. Rancangkan Day Trip ke Himeji dan lawati Istana Himeji yang terkenal

Istana yang berada di puncak bukit bersejarah ini adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang dikenali sebagai monumen penting dalam sejarah dan budaya Jepun. Pada musim bunga, halaman istana ini akan berubah menjadi padang yang berwarna ungu dan lautan merah yang indah pada musim luruh. Ia hanya satu jam perjalanan kereta api dari Stesen Kyoto dan memang bernilai untuk merancang day trip ke sana.

15. Berkunjung ke Gion, Daerah Geisha Kyoto

Image credit: Carles Tomas Marti

Gion adalah tempat di mana anda dapat menemui geisha dan geiko. Terfapat banyak rumah kayu tradisional dan banyak kedai di daerah yang terkenal ini. Terdapat juga kedai-kedai sewa kimono bagi mereka yang ingin memeluk budaya tempatan.

16. Nikmati senibina tradisional Jepun sambil bersiar-siar di Ishibe Alley

Image credit: Tranpan23

17. Mendaki ke puncak Gunung Yoshida dan nikmati upacara teh tradisional Jepun

Image credit: Karitsu

Jangan risau. Laluan ke puncak tidak terlalu tinggi, udaranya segar dan pemandangannya amat menyenangkan hati. Apabila sampai di sana, jangan lupa mencuba teh aromatik yang disediakan di Mo-a Café yang unik sambil menikmati upacara teh tradisional Jepun!

18. Merasai Matcha Jepun yang asli

Kyoto terkenal dengan teh matchanya yang berkualiti tinggi. Ia adalah tempat untuk mencuba matcha yang asli, tidak kira apa cara yang anda suka: teh tradisional Jepun, ais krim berperisa matcha, mochi, atau latte, semuanya dijamin sedap dan sihat!

19. Cuba beberapa jenis sake yang berbeza di Penyulingan Sake Fillimi (tidak halal)

Image credit: Gekkeikan Fushimi

20. Nikmati semangkuk ramen berapi di Restoran Menbakaichidai

Image credit: Menbakaichidai

Jadi, anda suka makanan disediakan panas? Nah, cubalah ramen ini yang berapi! Ya, ramen di Menbakaichidai di Kyoto dihidangkan benar-benar panas menyala! Anda pasti tidak akan melupai pengalaman yang unik ini. Ingat, jangan mengambil gambar #foodporn terlalu dekat.

Banyak lagi yang dapat dilihat dan dilakukan di Kyoto!

Inilah 20 perkara yang menakjubkan yang anda HARUS lakukan di Kyoto. Ia adalah sebuah bandar yang indah dengan daya tarikannya tersendiri, jadi percayalah, anda tidak akan menyesal! Jom, mula merancang perjalanan anda ke sana sekarang!

Baca lagi: Panduan Bercuti Bajet ke Jepun

Published on


About Author

Samuel Too

Samuel believes that sometimes the best journeys cannot be planned for. Driven by wanderlust, Samuel often finds himself lost while travelling. Without relying on Google Maps, he made friends along the way to help him discover new places to explore and eat. When he is home, he is always sharing his experiences and inspiring others to do the same. And, his favourite Pokemon is Bulbasaur!

Brand Managers!

Want to see your brand or business in this story?

Talk to us now

品牌经理们!

想在本文中看见您的品牌或公司吗?

现在就和我们联系吧

RECOMMENDED READS

  • 本地旅游好好玩! 马来西亚 10个不为人知的仙境

    想要趁着周末或公共假期在国内旅游, 但只能想到槟城极乐寺、 吉隆坡双峰塔、 热浪岛, 又觉得这些地方太主流、 人又多、 而且没新鲜感了吗? 今天,小编就要来向大家介绍一些马来西亚可媲美国外、 鲜为人知的冷门景点吧·!

  • 【Short Escape 必打卡】森美兰远离尘嚣的世外桃源 Airbnb Top 6!

    山峦起伏的森美兰州, 有绿意盎然的美景, 成片成片的热带雨林在雨后更加翠绿, 空气更加新鲜! 这里绝大部分的民宿都以贴近自然为特色, 因此有些民宿甚至让你住进没有无线网络的鸟巢, 真实感受远离世俗和尘嚣的滋味。 今天小编推荐几座值得一去的森美兰民宿。 环境幽静空气新鲜的好地方, 千万不能错过!

  • 【冬季篇】日本必去打卡的秘境TOP 10✅

    日本, 是亚洲一个神奇的旅游胜地。 但凡去过一次, 就会上瘾, 然后就会想要探索那里的春夏秋冬。 日本的冬季, 可以达到零下的温度, 甚至有很多越冷越受欢迎的景点。值得一提的是, 日本的冬季集浪漫、 萧条、 迷人为一身。 你也可以趁着冬季来到北海道滑雪, 或是泡一个美美的温泉! 无以伦比的旅行就此开始。

RECENT ARTICLES